Sunday, 5 August 2012

SOSIAL LOG: Bersantap with Ibu Kenny from Indonesia

 Ibu Kenny wife kepada salah seorang Expartriate daripada Indonesia menjemput kami menjamu selera di rumahnya sebelum Ramadhan lalu. Homecook Indonesia Style. Sambil berkenalan dengan lebih rapat (bersosial) serta mengeratkan silatulrahim antara Islam serta Rumpun Melayu.

Batch by batch yang hadir.
Kata Ibu : "Bapak suka jika menjemput rakan-rakan kerjanya untuk makan di rumah"

Bersama Ibu Kenny. Impressive dengan kulit muka beliau. Berseri. Pakai jamu apa ya Bu? 


Masakan simple sahaja tetapi sedap. Al-maklum, I sangat suka Masakan Padang. Actually memang suka makan pun. Maybe darah dalam diri sudah keturunan Minang (Sebelah Bapa), Jawa (Sebelah Ibu)...tetapi darah tu sudah lama...asal usul dahulu kala sahaja. Opps...darah punjab pun ada sebelah bapa. Soo, bukan pure 100% melayu lah. Agaknya sebab itu I suka Masakan Padang, Tempe, Indian Food. 1 Malaysia la senang. I semua makan, cuma tolak batu, kayu sahaja. Asalkan sedap dan berbaloi dengan wang yang kita keluarkan even beratus ringgit (that is my principle). 
Suka makan, suka mencuba makanan, suka memasak, suka mencuba resepi. Lagipun keluarga sendiri memang suka memasak. Pengkritik makanan pun iya juga.

Gambar kenangan bersama Bu Kenny. "Bu, saya mahu belajar masakan sana ya. Sila ajarin saya".

Psst: Actually I wished in the future to be a perfect Wife/Housewife? Able to cook different dishes not only malay cuisine but also from other country. Sangat suka bila buat open house menjamu dengan air tangan sendiri. Ingat lagi pesan arwah nenek.."Orang perempuan secerdik mana, sebijak mana, setinggi mana pangkat atau sebagus mana gaji tetapi akhirnya akan ke dapur juga" Banyak belajar memasak daripada arwah nenek...sifat cerewet pun dah terikut dengan arwah nenek. Cerewet dari segala hal.

~It is not easy to be perfect but at least be near to it~

Tapi...ada elok perempuan belajar memasak. Kerana untuk keberkatan keluarga. Ada adap untuk memasak di dalam Islam. Ada juga pernah terbaca Artikel tidak beberapa elok sekiranya makan makanan masakan daripada orang kafir (even halal) kerana keimanan mereka. Begitu juga jika yang tidak menunaikan solat serta ibadah-ibadah yang lain. Bukan kah makanan itu sebenarnya akan menjadi darah daging kita?

Artkel dibawah adalah daripada Link Blog dibawah:


ADAB MEMASAK

1. Untuk memasak juga ada beberapa adab, jika diikuti akan mendatangkan keberkatan dan menjadikan waktu memasak kita sebagai satu ibadat di mana akan memperolehi ganjaran dari Allah swt.

2.Apabila kita hendak mula memasak seeloknya ada wudhu dan bawalah 6 sifat dalam diri kita.

3. Hendaklah tutup kepala dan anggota aurat.
4. Masuk ke dapur bacalah doa :
  
"Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar di sisimu dan persiapkanlah petunjuk untuk kami terhadap urusan kami". 

5. Doa waktu menyukat beras ialah:




6. Doa membuka periuk ialah:




7. Zikir waktu memasak ialah "Laisa laha min dunillahi kasyifah" dan kacau dari kanan ke kiri.

8. Doa memotong sayur, buah, ikan dan sebagainya:




9. Doa semasa meletak periuk atas dapur:




10. Apabila hendak simpan beras yang dibeli ke dalam bekas bacalah doa ini:

11. Untuk menyedapkan makanan, selawat 3 kali dan istighfar 3 kali.

Saturday, 4 August 2012

IFTAR LOG: Iftar Ramadhan 2012 ~With BFF~

Rasanya sudah menjadi 1 aktiviti WAJIB setiap tahun untuk berbuka bersama-sama. Persahabatan daripada IIUM (Che Reen, Che Sol & me) & now dah include 2 lagi sahabat..ShaShee & Nadia.

Last year (2011) di mana ya? Seoul Garden...melantak sepuas hati. Harga pun berpatutan dengan makanan buffet Korean yang sangat Heaven. Our favourite Restaurant!!

This year around (2012) actually masing-masing dah terlalu sibuk dengan life masing-masing especially ME yang TERLAMPAU BUSY. Jika tidak BUSY maka tiada la IMPROVEMENT dalam kerjaya. Wajib workaholic!!

Location    : Kampung Baru, Kuala Lumpur
Restaurant : Shazana Pau Shop & Cafe'
Way of transportation :By LRT (Everyone avoiding the traffic Jam...so part kereta masing-masing di Stesen LRT yang terdekat)

Ini BLOG Restaurant tu....

Kampung Baru memang agak familiar with me because...IKAN BAKAR kat situ sangat BEST!! Nasi Padang pun BEST!! Tempat makan yang HEAVEN...

I & Che Nadia sampai awal...so we look around at the Bazaar Ramadhan nearby. Finally, I dapat juga merasa POPIA BASAH...sejak awal Ramadhan lagi mencari di Bazar Wangsa Maju. Bazar di kampung I, Kuala Lipis...jangan harap la nak jumpa. 


Kiri Kanan ada gerai menjual makanan...rambang mata. Nasib baik nafsu membeli terkawal. Bulan Ramadhan ni kita perlu mengawal nafsu untuk makan (especially membeli makanan). For me, I tak suka membazir makanan...sangat tidak elok & berkat sebenarnya. Contoh paling mudah, waktu bersahur...kenapa perlu menyediakan juadah yang banyak. Cukup hanya sekadar bersahur 3 biji kurma & susu atau air kosong. 


Kami di antara yang sampai awal. Si Che Sol tiba-tiba kena berbuka di Crown Plaza!! (Ajak la sekali kita orang ni)...huhu


Juadah makanan yang kami ambil..


Ini lah my favourite Popia Basah..


 Air Batu Campur (ABC) pun ada...

Pukul 8 malam kami bergerak. Destinasi berikut adalah Wangsa Walk. Intention adalah MOVIE!! Before solat dulu. 
So, kami berjaya mendapatkan tiket DARK KNIGHT RISES...sangat THUMBS UP!! Best sangat. 10stars plus plus. Cerita sangat kejam tetapi sangat puas hati. Al-maklum, kami kaki MOVIE..kaki KRITIK MOVIE...


So, tona warna MERAH. Kebetulan sangat-sangat. Tak merancang pun. Tapi ini lah hasilnya. Instinct kuat ni. BEST FRIEND FOREVER kata kan. Hehehe.... but I'm proud enough to have them as a part of my life. A sincere friendship. Rupanya zaman University telah menemukan I with REAL GOOD FRIENDS yang really understand me a lot. Thank you guys. Really Love you all. Hopefully your life will be bless by Allah SWT. Murah Rezeki, diberikan kesihatan yang baik...& hubungan berkekalan hingga akhir hayat...amin.

Tuesday, 5 June 2012

COLLECTION LOG: The Exclusive "P" (POLO)...Differences

Differences...perbezaan. Sangat ketara. Off course yang paling ketara adalah daripada segi HARGA/PRICE. 

"For me, luxury is a sensibility, an approach to life. It's not about the season's newest anything. It's about personal style & creating an environment of comfort and ease. Luxury is quality and timeless elegance" 
~Ralph Lauren~

Collection Ralph Lauren memang cantik and nice. (Designer brand) I tertarik dengan Woman's Attire (Golf)..Ralph Lauren pun menjadi Official Outfitter kepada USGA. Harga pun reasonable BUT please buy in US. If you buy it in Malaysia....double or tripple (Tax included). Itu yang boleh mencecah more than RM500...
I like simple thing...pakaian pun suka yang simple but quality. Plain in colour pun cantik. Style kuda (TEGAP).
RALPH LAURAN WEBSITE


Collection Polo Haus is different from Ralph Lauren. Price pun not too high...affordable. But not soo exclusive.Nak tau tentang kudanya...SENGET.
POLO HAUS WEBSITE

My another perfume collection (Hantu perfum). Ralph Lauren Big Pony RL Blue No.1 (Floral citrus),
Ralph Lauren Big Pony RL Yellow No.3 (Floral). Hanya No.1 & No.3 sahaja yang floral scent. Yang no lain bau fruity (I tak suka bau fruity). Beli 100ml terus...boleh tahan untuk 1 tahun.

If i buy perfum, I selalu beli di Parkson. Bonuslink pun dapat points...if ada promo boleh dapat Voucher. That day I dapat double Voucher (RM60.00). Untungkan? If I beli Set of Perfum...I will make sure mereka akan give me at least 2 miniature perfum (10ml). Those time I manage to get 5 miniature. All this while...Parkson KLCC & Parkson Alamanda mampu tolerate dengan give away miniature. 
.

So, ini adalah dari Polo Haus. Nampakkan, kuda SENGET?

Monday, 4 June 2012

COLLECTION LOG: Betta Fish/Siamese Fighting Fish/Plakad ~Ikan Laga~



~TIPS PENJAGAAN IKAN LAGA~

Jangan campurkan ikan laga

Ikan laga yang sudah menjangkau usia yang matang tidak boleh diletakkan beberapa ekor di dalam satu tempat. Ini kerana ikan laga berdarah fighter dan akan bertarung dan membunuh ikan laga yang lain. Ikan laga jantan akan berlawan hingga salah seekor mati. Sekiranya ikan laga betina dicampurkan dengan ikan laga jantan, ikan betina akan luka dan cedera teruk. Kadangkala ikan betina juga akan mati. Ikan yang bergaduh dan cedera akan koyak ekornya. Ini akan mengurangkan kecantikan ikan tersebut. Namun, ikan laga betina boleh hidup secara berkelompok, dengan syarat ia dipelihara dengan jumlah yang banyak dalam satu tempat.

Dapatkan bekas yang sesuai

Pastikan saiz bekas yang digunakan sesuai dengan ikan laga kesayangan anda. Jangan gunakan bekas yang terlalu sempit. Kerana ini akan mengehadkan pergerakan ikan tersebut. Bekas yang sesuai, ialah bekas yang membolehkan ikan berenang. Bekas yang lutsinar, membolehkan kita melihat kecantikan ikan dari sudut pandangan sisi.Jangan letakkan ikan di dalam tin, kerana tin akan berkarat.

Letakkan tumbuhan

Tumbuhan air sebenarnya adalah sangat penting dalam memelihara ikan hiasan. Tumbuhan berguna kerana ia hidup dengan menggunakan bahan yang dikumuhkan oleh ikan. Kesannya, air akan sentiasa bersih dari bahan2 yang tidak dikehendaki. Namun pemilihan tumbuhan juga perlulah sesuai. Sebaiknya elakkan tumbuhan yang mengotorkan air. Ada tumbuhan yang cepat mati dan menjadi lembik serta berlendir. Pastikan samada tumbuhan tersebut memerlukan direct sunlight atau tidak. Namun, tumbuhan juga perlu diselenggara, dibuang akar yang terlampau banyak, dibuang bahagian yang sudah mati dan sebagainya.

Berikan makanan hidup

Ikan betta sangat sukakan makanan hidup. Antara yang paling mudah didapati ialah jejentik. Nyamuk akan membiak di dalam air yang tenang dan jernih. Ambillah sedikit jejentik, dan berilah ikan laga anda makan seminggu atau dua minggu sekali.

Letakkan daun ketapang

Daun ketapang berupaya untuk menurunkan nilai pH dalam air yang beralkali. Ianya juga berupaya untuk membunuh bakteria, bertindak sebagai anti fungus dan agen anti kulat, meningkatkan tahap kualiti air dan bertindak sebagai bahan tonik bagi kegunaan di dalam akuarium. Oleh sebab itulah, ikan laga akan menjadi aktif apabila daun ketapang kering dimasukkan di dalam air. Air rendaman daun ketapang akan mengandungi asid organik seperti humik dan tanin. Asid ini akan mengurangkan nilai pH air serta menyerap dan menyahtoksidkan beberapa jenis logam berat seperti zink, aluminium dan kuprum. Daun ketapang bukan sahaja boleh digunakan untuk memastikan betta anda sihat dan aktif, bahkan ia juga boleh digunakan sebagai bahan semulajadi untuk merawat dan menghalang penyakit ikan. Sebagai contoh, di negara Thailand, daun ketapang digunakan secara meluas sebagai bahan untuk merawat luka ikan laga Siam selepas bertarung. 

Letakkan kayu Hiasan

Letakkanlah kayu hiasan dan sebagainya, untuk dijadikan tempat ikan laga anda bermain, menyorok dan berenang mengelilinginya. Cara ini mungkin akan menggembirakan dan mengurangkan stress ikan laga kesayangan anda. Ikan laga yang stress akan kurang berenang, statik di bahagian dasar dan mempunyai warna yang pucat.

Tukar air tiga hari sekali

Air hendaklak ditukar bagi memastikan ikan sentiasa sihat dan tidak berpenyakit. Kekerapan bergantung kepada saiz bekas dan bagaimana kondisi tempat anda memelihara ikan tersebut. Sebaiknya air ditukar selang tiga hari. Namun sekiranya anda ada meletakkan tumbuhan air, air tidak perlu ditukar terlalu kerap, sebaliknya, tambahkan sedikit air yang baru.

Gunakan garam

Garam digunakan sekiranya ikan anda ditumbuhi sawang putih yang melekat di insang. Dengan meletakkan sedikit garam biru, ikan akan kembali sihat. Garam biru boleh diperoleh dari kedai ikan perhiasan. Namun, jangan gunakan dalam kuantiti yang terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan ekor ikan menjadi koyak dan terluka. Hal ini kerana PH air yang terlalu beralkali tidak sesuai dengan ikan laga.

Gunakan air yang sesuai

Ramai yang menggunakan air tapis untuk memelihara ikan laga. Bagi yang tidak mempunyai air tapis masih boleh menggunakan air paip yang ditambah anti klorin. Anti klorin boleh dibeli dari kedai ikan perhiasan. Namun, adalah lebih baik menggunakan air paip yang telah lama ditadah dan dibiarkan sekurang-kurangnya selama seminggu. Selain itu, anda boleh gunakan air hujan. Air hujan didapati selamat untuk ikan laga.

Sayangi ikan anda

Tips terakhir ialah, sayangi ikan anda. Ikan akan lebih sihat, aktif dan cergas sekiranya mendapat kasih sayang dan penjagaan yang rapi. Beri makan mengikut waktu dan tidak dalam kuantiti yang terlampau banyak. Sentiasa menjaga kualiti air dan hiasilah bekas atau akuarium dengan tumbuhan dan sebagainya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

If nak tahu lebih lanjut tentang ikan 'cute' ni...click at this link Siamese Fighting Fish

Below antara my collections (baru ada 3 ekor) but dah rasa kemaruk untuk mencari lagi...Maybe akan survey-survey di KL...
Alasan ku, sebab cantik sangat dan cute. 

Letak je cermin mesti kembang ekor.... 






Sunday, 27 May 2012

COLLECTION LOG: WHAT??? COACH AGAIN???

Dear, what's going on here? Please stop the addicting syndrome! Why you like...opps LOVE COACH soo much? Please give a SOLID reasons.

I am not into gadgets...I think it is normal to LOVE this kind of things. Either you able to buy it or not. Depend on your budget. I am into fashion. I LOVE fashions. I LOVE HANDBAGS.

And now I expended my desire of COACH to my brother. I shared my ideology with my brother about current brands and beauty.  And previously I showed him the COACH for MEN. He has a very razor-sharped eyes on finest items. Previous outing in Suria KLCC with him impressed by his taste on watch. But still not his ability to buy it yet. Work, earn your own money then you can grab it.


Actually I always surveys in COACH.COM. I have noticed new designs coming out. OMG. I wish I am a millionaire. But I think later on maybe not COACH, maybe PRADA, LV or GUCCI. When you have an amount of money (BIG AMOUNT) rarely you stick to old things. Trust me on this. Your desire will be beyond. The main issue here how you control your money wisely.




Tuesday, 15 May 2012

STUDY LOG: Adult Learning ~Kembara ke Kem Anugerah Alam Sungai Batang Si, Semenyih~

Place : Kem Anugerah Alam Sungai Batang Si Semenyih
Date : 12th - 13th May 2012 (Saturday and Sunday)
Participants : 30 pax (8 Groups) 

Perjalanan Kami (Pelajar UTM SPACE ~HRD~) bermula pada pukul 12.30 tengahari di UTM KL (International campus). Perjalanan I dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur bermula 8.30 pagi dan reach Wangsa Maju pada pukul 10.00 pagi (Laju benor pecut nyer...)
Subject Adult Learning (Pembelajaran Dewasa) so...memang semua ADULT yang pergi untuk program ini. TEAMBUILDING untuk diri kami sendiri...yang penting nak dapat (A).
I memang excited sangat sebab dah lama benar tak ber-aktiviti sebegini...lagi-lagi masuk hutan. I memang kaki LASAK...dan dengar cerita ada WATERFALL!!!
Kami menaiki bas yang kami sewa...setiba di tempat yang di tuju, agak mengejutkan kerana kemudian kami perlu menaiki LORI (Bukan 4WD ok!!) untuk masuk ke dalam. Kawasan ini katanya adalah hak milik persendirian beberapa VVIP. Soo...kami semua memang dah macam LEMBU naik LORI. Perjalanan kami memang mencabar kerana melalui tanah merah, berlekuk-lekuk. Memang experience yang sangat berharga. Dalam perjalanan ke tempat yang dituju...memang sangat INDAH. Alam semula jadi, kolam-kolam ikan, tasik buatan...(Thumbs up la)

Scroll down to see the photos....and few description on what are really happened there!!!

Ini adalah antara yang terlibat dengan TEAMBUILDING tersebut. PEACE!!! Ini gambar semasa akhir program. Happy dalam keadaan letih dan keinginan tinggi untuk balik sangat TINGGI.

Ini adalah lokasi pengambaran LANGBUANA SENARIO. Chalet Bamboo...
Suprise!!! Rumah yang kami tinggal adalah seperti di dalam gambar. Terkejut dengan rumah bamboo. Sejuk okay di waktu pagi. Nasib baik I bawa BANTAL (DUNLOPILLO & Selimut yang cosy). I ada je SLEEPING BAG...tetapi entah ke mana ku campak. Semasa zaman di UIA la...ada sebiji beg hiking, Sleeping Bag, Torch lite, pisau yang di beli di Hiking Outlet di Pertama Complex. Beratus juga habis tu.
Alas ku ketika ini hanya dengan kain, tiada tilam. 


 Siapa suka ride motorbike ni? I just ambil gambar...tetapi tak ride pun. Motorcross....
Ini adalah suasana dan pemandangan paling HEAVEN untuk aku. Air jernih. Sejuk. Virgin river ok. Tidak tercemar dengan apa-apa pun. Kata mereka di atas air terjun tempat di mana ikan KELAH LIAR. Untuk ke sana mengambil masa 2 jam berjalan kaki. Hurmmmm....tapi kami tidak berkesempatan untuk pergi. Tapi yang best...memang I seronok sangat mandi sungai. I ni alergik air sungai. Hingga selsema lah. Degil!!

       
Di sini adalah tempat di mana kami ber-BBQ malam itu. Selesai sahaja presentation setiap Group..kami ber-BBQ. Dapat juga merasa daging kijang.
Jambatan menuju ke HOTEL kami adalah ini. Air jernih. Nampak jelas ikan-ikan kecil. Seronok tengok. Campak je makanan, ligat mereka terkam. Air mandian kami adalah dari sumber SUNGAI. Tiada air bersih dari SYABAS atau JBA. Semula jadi sungguh. Tiada elektrik di sini yer. Mereka menggunakan GENSET sahaja. Dari 7malam hingga 7pagi GENSET akan dipasang. Paling TRAGIS....NO COVERAGE!!! Hanya ada CELCOM sahaja....huhu...I pakai MAXIS ok. Bila keluar je kawasan ni...berderet MISS CALLS. Memang terhindar sungguh dari TEKNOLOGI TERKINI. 
 Ini adalah dewan makan kami. Kami bersila sahaja. Makanan pun ala kadar je. Tidak lah macam di hotel. 
Kami perlu beratur mengambil makanan. 

Ok...ini cerita kena kan si BIRTHDAY GIRL. Yang menjadi mangsa adalah I. Huwahahaha...I kena berlakon. Kenapalah orang memilih saya?? Adoi. I pun tak tahu apa yang mereka planning ni. Tiba-tiba je kena panggil dengan trainer...disuruh I mengaku je apa yang mereka tuduh nanti. I pun memang try sehabis mungkin untuk berlakon. Serius buat muka naif habis. Tetapi dalam hati...habis la aku lepas ni. Siap si Birthday Girl disuruh keluar kem. Uih...
Ini program kami malam itu. Setiap group buat presentation. Tetapi di rakam untuk penilaian Dr. Roziana di UTM nanti. Ada 5 penilai yang hadir. Tak sabar nak tunggu CD keluar. Kami men-TEAMBUILDING diri kami sendiri. Kami sebagai TRAINER untuk diri kami sendiri. Pelbagai GAMES yang kami present. Memang having FUN pun. 
 Antara GAME yang kami perlu lakukan in a group. Yang penting semua bekerjasama untuk mendapatkan A...target kami adalah A. Insyaallah.
Ini adalah antara jejaka yang ada. Program hari AHAD adalah untuk TRAINER LANGBUANA. (LANGBUANA TEAM PROFILE). I suka research profile orang. Tak sangka merka sangat BAGUS. Qualified TRAINER. Program kami hari itu adalah Water Obstacle & "Catch the FISH~TALAPIA~". Dalam 6 orang perlu terjun ke dalam kolam dan memegang JALA dan menangkap ikan. Jari ku luka kerana kena gigit dengan ikan talapia. Tetapi memang seronok. Dapat lah dalam 30 ekor ikan.
Water Obstacle adalah aktiviti menentang arus. Seronok sebab dalam sungai. Arus memang deras. This time  I terpaksa menanggalkan tudung sebab terasa RIMAS sangat. Terpaksa. Sebab selama ini pun jika ke sungai memang tudung hilang. 
Hendak di jadikan cerita..ada 1 lagi GAME MANAGEMENT di akhir sesi apabila kami semua sudah bersiap sedia untuk pulang. Mandi, berwangi-wangian....tetapi perlu lalui 1 lagi aktiviti. Ketika ini I memang dah FLAT sangat. Terbaring. Tetapi yang tidak mahu join aktiviti perlu di denda dengan aktiviti lain. 2 group lain melalui aktiviti GAME MANAGEMENT...kami yang tinggal beberapa orang ini perlu praktis menari. Lagu HINDUSTAN pulak tu. Diketuai oleh KAK MAS. Memang syok berjoget. Akhir-akhir kami tarik trainer-trainer untuk sama berjoget.
Ini lah dia PENGARAH URUSAN bagi LANGBUANA EDU & Recreational centre. Banyak betul sijil yang dia ada. Pernah mendaki Gunung Datuk, Gunung Stong, Gunung Nuang, Gunung Angsi, Gunung Ledang. Hopefully in the future after I grad, I will attain few of the certificates. Intention nak ambil sijil Diving, Sijil jurulatih pun nak ambil juga. Group untuk mendaki gunung pun dah ada tetapi cuma masa sahaja yang sangat TERHAD untuk aktiviti sebegini. 

PSST: PACAT & LINTAH I tak kisah. Dah biasa pun. Orang kampung. Masuk hutan, cari buluh, redah sungai...dah menjadi kebiasaan sejak kecil lagi...huhu

Tasik buatan yang sangat indah. Heaven nyer rasa. Jika ada rezeki akan datang...hendak juga memiliki private property seperti ini. (You'll never know...pasang impian dan biar jadi kenyataan)



Friday, 11 May 2012

WORKPLACE LOG: Annual Dinner 2011 ~Theme: GOLDEN NITE~ ~Journal II~

The theme supposed to be GOLD...all about GOLD...GOLD GOLD GOLD...clad in GOLD. Yellow colour but with a touch of LUXURY. SHINING!!!

Wait a minute...i have noticed a few things about me...myself. My FULL NAME means Golden Light, my father's name start with J...meaning as river (water flowing). I am working with a company that produce GOLD, the front name of the company is S..my name also start with S...under a new management start with J. Playing around with ridiculous.....maybe it is just a coincident. But my deep instinct tell me something great in the future. Well, if it happens than ALHAMDULILLAH, SYUKUR NIKMAT. 

Ibarat pepatah ini; TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI TETAPI TUAH MANUSIA SIAPA YANG TAHU?.

Enjoy the Photos below!!!
This my table. Join dengan Mining staffs... 


My fellow GOOD FRIENDS here in this company. All three is technical people and in Mining Field.
Miss Fiona (Sarawakian), Miss Chin (Ipoh mali), Miss El (Sabahan)....

Okay guy. This is crucial part of the event. I kena paksa menyanyi....tetapi apabila I review semula video...Oh my God (OMG)....serius ke laut kutub utara kutub selatan. Pitching lari habis. Memang tak sedap langsung. Adegan si lelaki (Sugar Daddy itu hanyalah lakonan)...Ini dalam keadaan tergelak...1 dewan gelak. Tetapi adegan ada 3 jejaka merebut I...wow...hehehe. Kecoh 1 dewan...ramai ambil gambar. Tak kisah la pitching lari pun...at least performance I give to them at least buat orang terhibur...tambahan lagi lakonan on the spot yang berlaku. 

Serius memang seronok dapat bunga. Ini tengah menyanyi tetapi TAHAN GELAK...terketar-ketar suara. 1 dewan bersorak...but enjoy. Yang penting open minded... We here in this company dah seperti 1 family besar. No BIG DEAL....

 Part dancing memang paling favourite. I rasa I lebih kepada entertainment BUT i don't want to go further. As a hobbies...YES...but as a CAREER WISE...NO. BIG BIG NO!!
Dancers ni menjemput few people je atas stage. But serius I am really CONFIDENT untuk berada atas stage. Maybe sudah terbiasa. Psst:...dulu semasa di UIAM I pernah jadi pengacara 1 majlis. (Pecah rahsia)

Happy FUN PHOTO SESSION. Aksi spontan kena TERBAIK. Well, we are having fun after hectic working hours. Grown up people that really know to have fun. Enjoice!!!

This shot bukan I yang adjust. Originally from them. Or maybe ini akan masuk dalam Photobook???
Not my face again!!!....Will fly to Jakarta kot...my GOD!!! But I like black and white photo. Classic. 

Boleh tak I kata kan, this photos antara orang-orang 'kuat' company. Opps!! But not me....hehehehe...I just normal layman...bekerja mencari rezeki.Moment with the new owner this Company. Pak Jimmy.

I LOVE Photo shoot. Always ada je aksi yang I suka buat. Always SMILE!!!

YES...again. Sorry to say this. But i've noticed that my FACE in both folder. Meaning both cameras. Opps...more than 130 ++ photos. Seperti I punya function pulak. Glamour betul malam tu. Tidak ada niat, tetapi dah orang nak ambil...ambil je la. Tiada siapa nak larang. 

So, kita akan tunggu ANNUAL DINNER 2012. Either I am still here in this company or working some where else. I do not know the future agenda. Just wait and see. This April 2012, genap 5 years I'm working here. Fuuhhh...Kesabaran telah membuahkan hasil...Insyaallah LUMAYAN.