Sunday, 5 August 2012

SOSIAL LOG: Bersantap with Ibu Kenny from Indonesia

 Ibu Kenny wife kepada salah seorang Expartriate daripada Indonesia menjemput kami menjamu selera di rumahnya sebelum Ramadhan lalu. Homecook Indonesia Style. Sambil berkenalan dengan lebih rapat (bersosial) serta mengeratkan silatulrahim antara Islam serta Rumpun Melayu.

Batch by batch yang hadir.
Kata Ibu : "Bapak suka jika menjemput rakan-rakan kerjanya untuk makan di rumah"

Bersama Ibu Kenny. Impressive dengan kulit muka beliau. Berseri. Pakai jamu apa ya Bu? 


Masakan simple sahaja tetapi sedap. Al-maklum, I sangat suka Masakan Padang. Actually memang suka makan pun. Maybe darah dalam diri sudah keturunan Minang (Sebelah Bapa), Jawa (Sebelah Ibu)...tetapi darah tu sudah lama...asal usul dahulu kala sahaja. Opps...darah punjab pun ada sebelah bapa. Soo, bukan pure 100% melayu lah. Agaknya sebab itu I suka Masakan Padang, Tempe, Indian Food. 1 Malaysia la senang. I semua makan, cuma tolak batu, kayu sahaja. Asalkan sedap dan berbaloi dengan wang yang kita keluarkan even beratus ringgit (that is my principle). 
Suka makan, suka mencuba makanan, suka memasak, suka mencuba resepi. Lagipun keluarga sendiri memang suka memasak. Pengkritik makanan pun iya juga.

Gambar kenangan bersama Bu Kenny. "Bu, saya mahu belajar masakan sana ya. Sila ajarin saya".

Psst: Actually I wished in the future to be a perfect Wife/Housewife? Able to cook different dishes not only malay cuisine but also from other country. Sangat suka bila buat open house menjamu dengan air tangan sendiri. Ingat lagi pesan arwah nenek.."Orang perempuan secerdik mana, sebijak mana, setinggi mana pangkat atau sebagus mana gaji tetapi akhirnya akan ke dapur juga" Banyak belajar memasak daripada arwah nenek...sifat cerewet pun dah terikut dengan arwah nenek. Cerewet dari segala hal.

~It is not easy to be perfect but at least be near to it~

Tapi...ada elok perempuan belajar memasak. Kerana untuk keberkatan keluarga. Ada adap untuk memasak di dalam Islam. Ada juga pernah terbaca Artikel tidak beberapa elok sekiranya makan makanan masakan daripada orang kafir (even halal) kerana keimanan mereka. Begitu juga jika yang tidak menunaikan solat serta ibadah-ibadah yang lain. Bukan kah makanan itu sebenarnya akan menjadi darah daging kita?

Artkel dibawah adalah daripada Link Blog dibawah:


ADAB MEMASAK

1. Untuk memasak juga ada beberapa adab, jika diikuti akan mendatangkan keberkatan dan menjadikan waktu memasak kita sebagai satu ibadat di mana akan memperolehi ganjaran dari Allah swt.

2.Apabila kita hendak mula memasak seeloknya ada wudhu dan bawalah 6 sifat dalam diri kita.

3. Hendaklah tutup kepala dan anggota aurat.
4. Masuk ke dapur bacalah doa :
  
"Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar di sisimu dan persiapkanlah petunjuk untuk kami terhadap urusan kami". 

5. Doa waktu menyukat beras ialah:




6. Doa membuka periuk ialah:




7. Zikir waktu memasak ialah "Laisa laha min dunillahi kasyifah" dan kacau dari kanan ke kiri.

8. Doa memotong sayur, buah, ikan dan sebagainya:




9. Doa semasa meletak periuk atas dapur:




10. Apabila hendak simpan beras yang dibeli ke dalam bekas bacalah doa ini:

11. Untuk menyedapkan makanan, selawat 3 kali dan istighfar 3 kali.

No comments:

Post a Comment