Tuesday 15 May 2012

STUDY LOG: Adult Learning ~Kembara ke Kem Anugerah Alam Sungai Batang Si, Semenyih~

Place : Kem Anugerah Alam Sungai Batang Si Semenyih
Date : 12th - 13th May 2012 (Saturday and Sunday)
Participants : 30 pax (8 Groups) 

Perjalanan Kami (Pelajar UTM SPACE ~HRD~) bermula pada pukul 12.30 tengahari di UTM KL (International campus). Perjalanan I dari Kuala Lipis ke Kuala Lumpur bermula 8.30 pagi dan reach Wangsa Maju pada pukul 10.00 pagi (Laju benor pecut nyer...)
Subject Adult Learning (Pembelajaran Dewasa) so...memang semua ADULT yang pergi untuk program ini. TEAMBUILDING untuk diri kami sendiri...yang penting nak dapat (A).
I memang excited sangat sebab dah lama benar tak ber-aktiviti sebegini...lagi-lagi masuk hutan. I memang kaki LASAK...dan dengar cerita ada WATERFALL!!!
Kami menaiki bas yang kami sewa...setiba di tempat yang di tuju, agak mengejutkan kerana kemudian kami perlu menaiki LORI (Bukan 4WD ok!!) untuk masuk ke dalam. Kawasan ini katanya adalah hak milik persendirian beberapa VVIP. Soo...kami semua memang dah macam LEMBU naik LORI. Perjalanan kami memang mencabar kerana melalui tanah merah, berlekuk-lekuk. Memang experience yang sangat berharga. Dalam perjalanan ke tempat yang dituju...memang sangat INDAH. Alam semula jadi, kolam-kolam ikan, tasik buatan...(Thumbs up la)

Scroll down to see the photos....and few description on what are really happened there!!!

Ini adalah antara yang terlibat dengan TEAMBUILDING tersebut. PEACE!!! Ini gambar semasa akhir program. Happy dalam keadaan letih dan keinginan tinggi untuk balik sangat TINGGI.

Ini adalah lokasi pengambaran LANGBUANA SENARIO. Chalet Bamboo...
Suprise!!! Rumah yang kami tinggal adalah seperti di dalam gambar. Terkejut dengan rumah bamboo. Sejuk okay di waktu pagi. Nasib baik I bawa BANTAL (DUNLOPILLO & Selimut yang cosy). I ada je SLEEPING BAG...tetapi entah ke mana ku campak. Semasa zaman di UIA la...ada sebiji beg hiking, Sleeping Bag, Torch lite, pisau yang di beli di Hiking Outlet di Pertama Complex. Beratus juga habis tu.
Alas ku ketika ini hanya dengan kain, tiada tilam. 


 Siapa suka ride motorbike ni? I just ambil gambar...tetapi tak ride pun. Motorcross....
Ini adalah suasana dan pemandangan paling HEAVEN untuk aku. Air jernih. Sejuk. Virgin river ok. Tidak tercemar dengan apa-apa pun. Kata mereka di atas air terjun tempat di mana ikan KELAH LIAR. Untuk ke sana mengambil masa 2 jam berjalan kaki. Hurmmmm....tapi kami tidak berkesempatan untuk pergi. Tapi yang best...memang I seronok sangat mandi sungai. I ni alergik air sungai. Hingga selsema lah. Degil!!

       
Di sini adalah tempat di mana kami ber-BBQ malam itu. Selesai sahaja presentation setiap Group..kami ber-BBQ. Dapat juga merasa daging kijang.
Jambatan menuju ke HOTEL kami adalah ini. Air jernih. Nampak jelas ikan-ikan kecil. Seronok tengok. Campak je makanan, ligat mereka terkam. Air mandian kami adalah dari sumber SUNGAI. Tiada air bersih dari SYABAS atau JBA. Semula jadi sungguh. Tiada elektrik di sini yer. Mereka menggunakan GENSET sahaja. Dari 7malam hingga 7pagi GENSET akan dipasang. Paling TRAGIS....NO COVERAGE!!! Hanya ada CELCOM sahaja....huhu...I pakai MAXIS ok. Bila keluar je kawasan ni...berderet MISS CALLS. Memang terhindar sungguh dari TEKNOLOGI TERKINI. 
 Ini adalah dewan makan kami. Kami bersila sahaja. Makanan pun ala kadar je. Tidak lah macam di hotel. 
Kami perlu beratur mengambil makanan. 

Ok...ini cerita kena kan si BIRTHDAY GIRL. Yang menjadi mangsa adalah I. Huwahahaha...I kena berlakon. Kenapalah orang memilih saya?? Adoi. I pun tak tahu apa yang mereka planning ni. Tiba-tiba je kena panggil dengan trainer...disuruh I mengaku je apa yang mereka tuduh nanti. I pun memang try sehabis mungkin untuk berlakon. Serius buat muka naif habis. Tetapi dalam hati...habis la aku lepas ni. Siap si Birthday Girl disuruh keluar kem. Uih...
Ini program kami malam itu. Setiap group buat presentation. Tetapi di rakam untuk penilaian Dr. Roziana di UTM nanti. Ada 5 penilai yang hadir. Tak sabar nak tunggu CD keluar. Kami men-TEAMBUILDING diri kami sendiri. Kami sebagai TRAINER untuk diri kami sendiri. Pelbagai GAMES yang kami present. Memang having FUN pun. 
 Antara GAME yang kami perlu lakukan in a group. Yang penting semua bekerjasama untuk mendapatkan A...target kami adalah A. Insyaallah.
Ini adalah antara jejaka yang ada. Program hari AHAD adalah untuk TRAINER LANGBUANA. (LANGBUANA TEAM PROFILE). I suka research profile orang. Tak sangka merka sangat BAGUS. Qualified TRAINER. Program kami hari itu adalah Water Obstacle & "Catch the FISH~TALAPIA~". Dalam 6 orang perlu terjun ke dalam kolam dan memegang JALA dan menangkap ikan. Jari ku luka kerana kena gigit dengan ikan talapia. Tetapi memang seronok. Dapat lah dalam 30 ekor ikan.
Water Obstacle adalah aktiviti menentang arus. Seronok sebab dalam sungai. Arus memang deras. This time  I terpaksa menanggalkan tudung sebab terasa RIMAS sangat. Terpaksa. Sebab selama ini pun jika ke sungai memang tudung hilang. 
Hendak di jadikan cerita..ada 1 lagi GAME MANAGEMENT di akhir sesi apabila kami semua sudah bersiap sedia untuk pulang. Mandi, berwangi-wangian....tetapi perlu lalui 1 lagi aktiviti. Ketika ini I memang dah FLAT sangat. Terbaring. Tetapi yang tidak mahu join aktiviti perlu di denda dengan aktiviti lain. 2 group lain melalui aktiviti GAME MANAGEMENT...kami yang tinggal beberapa orang ini perlu praktis menari. Lagu HINDUSTAN pulak tu. Diketuai oleh KAK MAS. Memang syok berjoget. Akhir-akhir kami tarik trainer-trainer untuk sama berjoget.
Ini lah dia PENGARAH URUSAN bagi LANGBUANA EDU & Recreational centre. Banyak betul sijil yang dia ada. Pernah mendaki Gunung Datuk, Gunung Stong, Gunung Nuang, Gunung Angsi, Gunung Ledang. Hopefully in the future after I grad, I will attain few of the certificates. Intention nak ambil sijil Diving, Sijil jurulatih pun nak ambil juga. Group untuk mendaki gunung pun dah ada tetapi cuma masa sahaja yang sangat TERHAD untuk aktiviti sebegini. 

PSST: PACAT & LINTAH I tak kisah. Dah biasa pun. Orang kampung. Masuk hutan, cari buluh, redah sungai...dah menjadi kebiasaan sejak kecil lagi...huhu

Tasik buatan yang sangat indah. Heaven nyer rasa. Jika ada rezeki akan datang...hendak juga memiliki private property seperti ini. (You'll never know...pasang impian dan biar jadi kenyataan)



No comments:

Post a Comment